Convocation News

Kesibukan rawat pesakit tak halang dua 'frontliner' lanjut pelajaran

Shah Alam: Ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19, dua pakar perubatan bukan hanya bertindak sebagai

pasukan barisan hadapan sebaliknya perlu menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar, isteri dan ibu kepada keluarga masing-masing.

Pakar Perubatan Psikiatri yang kini berkhidmat di Hospital Taiping, Perak, Dr Ainul Khamisah Shafian, 37, bersyukur di atas usaha selama empat tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM), akhirnya beliau dianugerahkan Sarjana Perubatan Psikiatri.

Baginya, kejayaan hari ini, bukan suatu perkara mudah namun sokongan keluarga, penyelia juga rakan menjadi kekuatan baginya yang hampir putus asa selama empat tahun melanjutkan pelajaran.

"Pada tahun kedua, saya mengandung, selepas tiga bulan bersalin suami ditukarkan ke negeri lain dan.. kemudian negara berdepan dengan Covid-19.

"Ketika itu saya bertugas di Hospital Kuala Lumpur, saya perlu membahagikan antara keluarga, kerjaya, pelajaran. Saya juga bertugas di wad pesakit Covid-19 dua bulan sebelum peperiksaan akhir.

Sumber: Harian Metro

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000