Convocation News

Dr Hassan, Abdul Wahab dilantik Pro Canselor UiTM

Shah Alam: Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Profesor Emeritus Dr Hassan Said dilantik sebagai Pro Canselor baharu universiti itu pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97. Hassan adalah Naib Canselor ke sembilan UiTM dan

bertugas dari 2016 hingga 2019.

Turut dilantik bagi jawatan yang sama adalah mantan Presiden Alumni UiTM Sarawak, Datuk Abdul Wahab Aziz.

Pelantikan kedua-dua Pro Canselor itu berkuatkuasa 15 April 2023 hingga 14 April 2026.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor UiTM mengisytiharkan pelantikan berkenaan pada istiadat konvokesyen itu.

Pada istiadat berkenaan, Al-Sultan Abdullah berkenan menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah kepada 100 graduan dalam pelbagai bidang dan 14 orang penerima Anugerah Graduan Terbaik (AGT UITM 2022).

Di UiTM Shah Alam sebanyak 32 sidang akan berlangsung yang membabitkan penganugerahan kepada 31,689 graduan dan diikuti UiTM cawangan Sabah pada 6 September hingga 8 September dengan jumlah graduan seramai 1,262 orang.

Istiadat konvokesyen bakal melabuhkan tirai di UiTM cawangan Sarawak pada 13 September hingga 15 September yang membabitkan 2,118 graduan.

Dalam pada itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor mewakili seluruh warga universiti merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua graduan, ibu bapa dan keluarga, serta berdoa agar semua graduan akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa akan datang.

Beliau juga berpesan kepada para graduan supaya tidak lupa untuk kembali semula ke universiti untuk menabur bakti dan menyeru alumni menyumbang melalui Zakat UiTM untuk membantu kelangsungan pembelajaran mahasiswa dari kumpulan yang tercabar.

 

Read More

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000