Satu program Road to Low Carbon City anjuran pelajar-pelajar Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Kimia (CheSS) UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama Komuniti Pokok Chempedak, Kampung Permatang Sintok, Pulau Pinang telah diadakan pada pada 19 Jun 2022
, jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Kampung Permatang Sintok, Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu keperluan silibus dalam subjek CEV631 (Leadership and Professional Ethics for Engineers).
Program ini bertemakan konsep SULAM (Service Learning Malaysia), Keluarga Malaysia dan turut menyokong agenda UN 2030 Sustainable Development Goals (SDG2020) khususnya SDG#11 (sustainable city & communities). Program ini dikenadalikan oleh pelajar-pelajar tahun 2 Ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia (persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diketuai saudari Nur Amisya Azlina manakala penasihat program ialah Ts Mohamed Syazwan Bin Osman.
Program ini telah disertai oleh oleh 14 orang pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang dan 60 orang penduduk komuniti Pokok Chempedak yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kebenaran dan kelulusan daripada pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pulau Pinang melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang telah memberi kelulusan program. Program ini turut ditaja pihak industri iaitu Seven Seas. Program ini turut mendapat kerjasama penuh dari Audi farm, Balik Pulau. Program ini telah dirasmi oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Madya Ts Dr Basharudin Abdul Hadi.
Antara objektif program ini diadakan ialah untuk komuniti didedahkan dengan teknik inovatif pembuatan pasu organik dari bahan-bahan terbuang di sekitar kampung ini iaitu najis lembu dan sabut kelapa. kelainan pasu organik ini adalah ia boleh menjadi dwi-fungsi iaitu pasu alternatif kepada polybag dan akan terurai sebagai baja organik. Turut diserikan aktiviti bersama kanak-kanak melalui pertandingan mewarna.
Peserta program dapat mempelajari kaedah dan tips terbaik dalam penghasilan serta penggunaan produk pasu organik. Adalah diharapkan melalui program ini dapat dapat memperkasa jaringan UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan masyarakat melalui aktiviti pemindahan ilmu (Knowledge transfer Program).