Latest News

MoU Dan MoA Antara Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara Bersama Pihak Industri Dan Universiti

SHAH ALAM, 7 OKTOBER 2022 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama pihak industri dan universiti

merupakan satu majlis menandatangani MoU dan MoA melibatkan dua industri, satu Pertubuhan Bukan Kerajaan dan lima universiti luar negara. Majlis yang telah diadakan di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam ini melibatkan enam Memorandum Persefahaman (MoU) dan dua Memorandum Perjanjian (MoA).

MoA dan MoU yang dimeterai untuk tempoh dua tahun ini menggariskan beberapa objektif utama yang ingin dicapai oleh kedua-dua pihak antaranya untuk menyediakan peluang program sangkutan professional dan industri untuk pelajar dan staf, menyediakan ruang bagi pembangunan kerjaya dalam bidang sains gunaan kepada pelajar dan staf, penglibatan dalam program penyelidikan, penulisan juga penerbitan bersama dalam kalangan staf dan pelajar dan juga untuk berkolaborasi dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dari masa ke masa berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

Pihak industri yang terlibat adalah As. Sunnah Global Ventures Sdn. Bhd., Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd., Pertubuhan Sisa Hijau Selangor (Green Waste Selangor), manakala universiti luar negara yang terlibat adalah Phenikaa University Vietnam, Universitas Airlangga Indonesia, Politeknik STT Bandung, Hochschule Reutlingen University, Jerman, dan Rajamangala University, Thailand. Majlis Menandatangani MoU dan MoA ini dilaksanakan oleh Unit Penyelidikan, Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) Fakulti Sains Gunaan dan dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Hariri Hj. Abdullah selaku Timbalan Naib Canselor Industri, Komuniti dan Jaringan Alumni (ICAN) mewakili pihak Universiti Teknologi MARA dalam majlis menandatangani dokumen MoU dan MoA tersebut.

Turut hadir, YBhg. Prof. Dr. Hjh. Farida Zuraina Mohd Yusof, Dekan, Fakulti Sains Gunaan. Majlis ini merupakan satu inisiatif jangka panjang di dalam rangka strategik UiTM 2025 untuk menjadikan UiTM sebagai Globally Renowned University dalam aspek pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000