PERAK, 5 Mei 2023 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023
bagi Peringkat Daerah Hilir Perak telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Bandaran, Teluk Intan, Perak bertemakan Tradisional dan Klasik. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan.
Selain itu, berbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk penyampaian sumbangan duit raya, lawatan ke gerai-gerai agensi, agensi kerajaan tempatan dan jabatan, pertandingan gerai terbaik dan juga persembahan artis tempatan.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan hubungan mesra antara agensi kerajaan, jabatan dan wakil penduduk di kawasan Daerah Hilir Perak. Dianggarkan bilangan kehadiran yang telah memeriahkan majlis ini adalah seramai 5,000 orang.
Pada tahun ini, UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan telah dijemput bagi mewakili Universiti Teknologi MARA ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 Peringkat Daerah Hilir Perak Tahun 2023 ini.UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan bersama tujuh agensi kerajaan seperti MARA, TEKUN, AADK, Jabatan Belia dan Sukan, Giat Mara, KEMAS dan Jabatan Penerangan telah bersama-sama berkolabrasi untuk menyediakan pemanis mulut untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir. Antara juadah yang telah disediakan adalah seperti agar-agar, puding, kek. dadih dan lain-lain.
Selain itu juga, makanan yang dihidangkan adalah mengikut gerai yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Pihak penganjur juga telah menganjur Pertandingan Gerai Terbaik. Sebanyak 26 buah gerai telah menyertai pertandingan ini. Gerai yang telah diwakili UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan bersama tujuh agensi tersebut telah memenangi Tempat Ketiga dalam Pertandingan Gerai Terbaik di majlis ini.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan diberikan kepada Penolong Rektor UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan iaitu YBhg. Prof. Dr. Ahmad Taufek Bin Abdul Rahman dan wakil dari UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan yang telah hadir bagi memeriahkan majlis ini. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.