Surabaya, Indonesia - Pada 9 Mac 2024, pentas fesyen antarabangsa di Ciputra World Mall, Surabaya, Indonesia, menyaksikan kolaborasi yang mengagumkan antara pelajar dari pelbagai institusi pendidikan tinggi dari Malaysia dan
Indonesia.
Gabungan yang melibatkan Universitas Negeri Surabaya (UNESA), Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak (UiTM), dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menghasilkan sebuah acara yang mengagumkan, menampilkan kemahiran seni reka fesyen dari pelajar-pelajar terpilih.
Acara ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan pertukaran budaya dalam bidang seni pakaian antara dua negara, dengan memberi tumpuan kepada kreativiti dan identiti serumpun seperti fabric songket, batik, dan rekaan pakaian kontemporari.Seramai 2 pelajar dari Diploma Seni Reka Fesyen, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Perak, bersama-sama dengan 25 pelajar UNESA dan 2 pelajar UPSI, telah mewakili institusi masing-masing dengan bangga dalam pertunjukkan yang megah ini.
Dalam pertunjukkan yang menakjubkan ini, dua orang pelajar dari UiTM Cawangan Perak, iaitu Muhammad Isyraf Bin Muhammad Nasir dan Nurul Izzah Bin Mohd Zuraimi, telah memukau penonton dengan rekaan-rekaan mereka yang menampilkan keunikan kain songket sebagai asas penggunaan kain. Mereka telah menghadirkan rekaan kontemporari yang mengabungkan unsur-unsur tradisional dengan sentuhan moden yang segar dan inovatif.
Kehadiran pelajar-pelajar dari UiTM Cawangan Perak tidak hanya menyumbang kepada kejayaan acara ini tetapi juga memperlihatkan bakat dan potensi yang dimiliki oleh pelajar-pelajar Malaysia dalam arena fesyen antarabangsa. Pertunjukan ini bukan sahaja mempersembahkan keindahan dalam rekaan fesyen, tetapi juga menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan kedua negara. Diharapkan, kolaborasi semacam ini akan terus berkembang, membawa lebih banyak peluang untuk pertukaran ilmu dan pengalaman di antara pelajar-pelajar seni reka fesyen dari pelbagai negara.