PERLIS, 30 Ogos 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor telah mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan
dalam Karnival Sukan Staf (KARiSTA) Edisi ke-8,2025 yang berlangsung selama enam hari bermula 25 hingga 30 Ogos 2025 di UiTM Cawangan Perlis.
Kontinjen UiTM Cawangan Selangor berjaya mengungguli kejohanan dengan kutipan 15 pingat emas, 9 pinga t perak dan 12 pingat gangsa, hasil daripada komitmen dan semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh 205 orang atlet dan pegawai pengurus. Bertemakan “Highlander Membara, Menggapai Juara”, kontinjen ini membuktikan keupayaan luar biasa dalam mengharumkan nama UiTM Cawangan Selangor di pentas sukan dwitahunan UiTM.
Majlis penutup yang berlangsung penuh gemilang menyaksikan pengumuman rasmi kemenangan tersebut, sekali gus menandakan kejayaan besar buat warga UiTM Cawangan Selangor. Ucapan tahniah dan syabas dirakamkan kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan serta seluruh warga kampus atas pencapaian membanggakan ini.
Setinggi penghargaan turut disampaikan kepada UiTM Cawangan Perlis selaku tuan rumah atas penganjuran kejohanan yang cemerlang, mesra dan teratur, sekali gus menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan keseluruhan KARiSTA 2025.
Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang pada edisi akan datang, serta menyemarakkan semangat kesukanan, memperkukuh hubungan silaturahim dan meningkatkan kesejahteraan warga UiTM secara menyeluruh.
Penulis: Nor Azyyati Md Saad
Editor: Nor Azyyati Md Saad