SUNGAI BESAR, 16 Julai – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor telah menganjurkan Program Semarak Siswa Madani (SSM) Universiti Awam (UA) Fasa 1
SUNGAI BESAR, 16 Julai – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor telah menganjurkan Program Semarak Siswa Madani (SSM) Universiti Awam (UA) Fasa 1
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengalu-alukan penglibatan pelajar dan pensyarah untuk menyumbang hasil kerja seni pelajar ke perpustakaan bagi tujuan penyimpanan, penyebaran dan pemuliharaan bahan. Dalam ucapan sewaktu Majlis Perasmian Pameran Dokumentasi Art & Heritage Exploration Terengganu: Kairosclerosis yang berlangsung di ruang Galeri Perpustakaan Tun Abdul Razak, Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan menyatakan akan kepentingan hasil kerja seni pelajar dikumpul, disebar dan dipelihara di perpustakaan sebagai sumber rujukan buat generasi berikutnya.
Menurut beliau, UiTM Repositori Institusi atau lebih dikenali sebagai UiTM IR kini mempunyai 65,000 penerbitan warga UiTM akan dijadikan hub penyimpanan imej digital hasil seni pelajar memandangkan jenis bahan ini masih belum disimpan oleh perpustakaan.
Tambahnya lagi, para pelajar harus menjadikan perpustakaan sebagai "rumah kedua" dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang mencambah daya kreativiti dan pengetahuan.
Apatah lagi perpustakaan mempunyai pelbagai kemudahan yang diperlukan bagi menyokong sistem pembelajaran di universiti.
Pameran Dokumentasi Art & Heritage Exploration Terengganu: Kairosclerosis telah dirasmikan oleh Ketua Pengajian Seni Halus Profesor Madya Dr. Mumtaz binti Mokhtar di hadapan hampir 100 orang pelajar dan pensyarah Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam.
Pameran ini telah berlangsung selama tiga hari bermula 12hb Julai hingga 14hb Julai 2023 di PTAR.
MACHANG, 26 Jun 2023 – Program Digital@K.K.D pada 24 Jun 2023 anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital, Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital bersama Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd Janor Naib Canselor UiTM dan Pengurusan Tertinggi ke UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang dalam melaksanakan ‘Jelajah Saya Digital’, MyDigital@K.K.D, dan PerantiSiswa bagi meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia terhadap revolusi digital.
UiTM amat berbangga kerana sekali lagi diberi peluang untuk turut serta dalam program C.S.R yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian. Untuk makluman, UiTM pernah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi majlis pembukaan pengagihan PerantiSiswa pada 3 September 2022 dan majlis perasmian MyDigital KKD pada 5 Mac 2023 yang lalu. Pihak universiti bersyukur kerana adanya sinergi yang wujud antara Kementerian dan UiTM.
Kemajuan teknologi memberikan impak positif bukan sahaja kepada sistem pendidikan malah dalam kehidupan kita seharian. Dalam konteks pembelajaran di universiti, perlu kita akui bahawa, fasa pandemik telah menyumbang kepada penggunaan teknologi dalam medium pembelajaran alaf baharu yang dilihat mampu membantu melonjakkan prestasi dan celik teknologi dalam kalangan mahasiswa.
Justeru itu, dengan adanya bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian seperti PerantiSiswa, UiTM yakin, rata-rata mahasiswa yang telah menerima PerantiSiswa bersetuju bahawa ia banyak membantu mereka dalam capaian maklumat, dan pengambilan nota yang lebih efisien. Pada awal program, sesi perkongsian maklumat telah dilaksanakan oleh agensi-agensi yang terlibat. Semoga perkongsian tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
UiTM sets a new record as it jumps 102 spots from its position last year, attaining the 555th position in the 2024 QS World University Rankings. This year, 2,963 institutions were evaluated across 104 locations
MELAKA, 19 JUN 2023 – Program Lendu Berselawat 2023 telah menggegarkan Dewan Taming Sari UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, dengan alunan selawat, zikir dan qasidah