Berita Terkini

Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Anjuran Unit Pengurusan Kolej UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

6 Mac 2023 – Unit Pengurusan Kolej UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)

dengan jayanya selama 3 hari 2 malam bermula dari 24 Februari sehingga 26 Februari 2023 di dua kampus iaitu UiTM Kampus Sungai Buloh dan juga UiTM Kampus Teluk Intan. Program ini juga telah diadakan secara luar kampus iaitu di Pantai Teluk Batik, Perak. Terdapat beberapa sesi yang dijalankan selaras dengan objektif dan matlamat program untuk melahirkan mahasiswa yang dinamis, berilmu dan mempunyai kredibiliti tinggi sejajar dengan wawasan Universiti dalam melahirkan graduan yang mempunyai jati diri dan sahsiah yang unggul Pelan Strategik UiTM 2025 ke arah kepimpinan pelajar yang global dengan tema “Menyerlah Potensi, Membentuk Masa Hadapan”.Selain itu juga, dengan adanya program seperti ini diharapkan akan dapat terus menyuntik semangat di kalangan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK) dan Sekretariat Kolej dalam mengendalikan program yang berimpak tinggi sepanjang sesi 2022/2023 ini.

Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) ini telah dapat memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan pengetahuan dan pengalaman mengendalikan pengurusan sesebuah organisasi dan cara menyediakan program berimpak besar sepanjang sesi 2022/2023 kepada semua pelajar. Peserta juga telah didedahkan dengan persediaan dalam menghadapi cabaran untuk bekerja secara berpasukan yang fokus kepada kemahiran komunikasi, tindakan dalam membuat keputusan dan cara berfikiran secara strategik, inovasi dan kreatif.
Peserta juga telah dilatih untuk menjadi seorang pemimpin dalam dunia realiti yang sebenar dalam membentuk jati diri yang kukuh. Secara tidak langsung program ini juga turut mengajar peserta cara untuk membentuk sinergi dalam mengeratkan hubungan di antara peserta yang datang dari fakulti yang berbeza tetapi ditempatkan di dalam satu kampus yang sama iaitu dari Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian. Sebanyak 6 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang telah disusun di dalam kursus ini iaitu :

LDK 1: Ice Breaking
LDK 2 : Membina Kejayaan Dalam Satu Pasukan
LDK 3 : Rambut sama hitam, hati lain-lain
LDK 4 : Winner Characters
LDK 5 : Perancangan Strategik
LDK 6 : SIAPA JUARA?

Peserta juga telah didedahkan dengan format sebenar penyediaan dan penulisan kertas kerja secara teori dan praktikal. Pelajar juga diajar cara penulisan kertas kerja berimpak besar disamping pelajar untuk berfikir secara kreatif dan di luar kotak dalam merancang dan menyediakan program bersama-sama ahli kumpulan. Peserta juga telah diberi pendedahan untuk menyediakan program yang lebih berkualiti mengikut KPI dan objektif program yang telah ditetapkan oleh pihak. Selain itu juga, peserta diberi pendedahan berkaitan Pengurusan Mata Point E-merit dan Pengurusan Kewangan JPK, Komunikasi Visual, dan Prosedur Permohonan Sumbangan Luar bagi Program Pembangunan Pelajar UiTM.

Diharap agar program ini akan memberikan manfaat kepada para peserta . selain itu juga, pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi dari program ini dapat digunakan di masa kana datang bagi melahirkan pemimpin yang telus dan ikhlas dalam bekerja.

 

More News

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000