Select your language

Tentang UiTM

About us
Trusted Brand Logo

Universiti Teknologi MARA (UiTM) ialah universiti komprehensif terbesar di Malaysia yang menyediakan pendidikan inovatif dengan infrastruktur dan teknologi terkini yang merangkumi 34 kampus, 24 fakulti dan 9 pusat akademik di seluruh negara.

UiTM menawarkan lebih daripada 500 program akademik pada peringkat asasi, pradiploma, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), serta program profesional. UiTM sentiasa meluaskan akses pendidikan tinggi dan memainkan peranannya dalam pembinaan negara dengan menyerlahkan potensi, membentuk masa hadapan.

UiTM terus mengukuhkan kedudukannya pada peringkat nasional dan antarabangsa melalui pelbagai pengiktirafan berprestij. Antaranya termasuk penarafan Times Higher Education (THE), UI GreenMetric dan QS World University Rankings, di samping komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals). UiTM turut menerima pengiktirafan Employers’ Choice of University oleh Talentbank, serta mengekalkan prestasi cemerlang dalam penilaian SETARA dan MyRA oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan kebolehpasaran graduan UiTM pada peringkat global.

Dengan lebih daripada 800,000 alumni dalam bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan keusahawanan, UiTM menawarkan peluang dalam membentuk pemimpin pada peringkat kebangsaan, industri dan global bagi mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah universiti terkemuka dunia menjelang tahun 2025.

FACT & FIGURES

UiTM Data

Graduates
1,108,629

Students
176,843

Staff
19,284

Programmes
518

Campuses
34

Postgraduate Students
10,627

Professors
233

* | Source: University Transformation Division

ACHIEVEMENT

0
QS Asia University Rankings 2024

0
=587
QS World University Rankings 2025
0
Subjects ranked in the QS World University Rankings by Subject 2024
0
=599 di dunia QS World University Rankings: Sustainability 2024

LOKASI UiTM

Image

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000