Berita Terkini

Bengkel Penerbitan “Hand in Hand Inisiative for Publication”Jabatan Pengurusan & Perniagaan UiTM Cawangan Perak

Seri Iskandar, 1 April 2023- Bagi merealisasikan sasaran satu pensyarah satu penerbitan (corresponding author) bagi setiap staf akademik UiTM

Jabatan Pengurusan & Perniagaan UiTM Cawangan Perak dengan kolaborasi bersama Pejabat Jaringan Industri & Alumni telah menjalankan satu inisiatif bagi mencapai Performance Index PI 050: Number of indexed publication Journal in Scopus/WoS/ERA. Bengkel penerbitan ini berlangsung selama 4 hari iaitu pada 2 hingga 3 Mac 2023 di Kampus Tapah dan 7 hingga 8 Mac di Kampus Seri Iskandar yang melibatkan pensyarah Jabatan Pengurusan & Perniagaan di kedua-dua kampus terbabit.

Pembahagian slot bengkel tersebut melibatkan 4 sesi dibimbing oleh 2 lantikan mentor berpengalaman iaitu Ts Dr Umol Syamsyul Bin Rakiman (Integrative Literature Review for Journal) dan Dr Zarul Azhar Bin Nasir (Writing a Publication from Secondary Data). Staf akademik yang terlibat perlu menyediakan draf topik untuk tujuan penulisan artikel dan mentor akan memberikan panduan mengenai kaedah penulisan yang betul dan bersesuaian dengan semua bidang pengurusan dan perniagaan. Sasaran utama bengkel tersebut adalah menghasilkan 20 penulisan yang bakal diterbitkan oleh pensyarah Jabatan Pengurusan & Perniagaan bagi tahun 2023. Penglibatan pensyarah secara penuh pada 4 sesi tersebut serta berjaya menghasilkan penulisan artikel melalui inisiatif ini layak menerima 42 jam latihan bagi tahun 2023.

Justeru, inisiatif sebegini diharapkan dapat menyokong UiTM Cawangan Perak dalam mencapai Performance Index PI 050 dengan sasaran 275 kuantiti penerbitan bagi tahun 2023.

 

More News

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000