Berita Terkini

Misi Moreh Mekdi, Titipan Kasih Harian Metro Ceriakan Pelajar UiTM

6 April 2023 | Program Misi Moreh Mekdi bersama Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama UiTM telah diadakan di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.

Ini merupakan satu acara tahunan McDonald’s Malaysia menerusi tajaan jamuan moreh di masjid and surau terpilih. Tahun ini, inisiatif dari McDonald’s Malaysia diperluaskan lagi ke 20 universiti awam seluruh negara dengan misi menceriakan lebih dari 12,000 pelajar.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah terpilih menjadi universiti awam yang pertama dengan pengagihan di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Misi utama program adalah untuk menyantuni golongan pelajar yang memerlukan serta komuniti kampus pada bulan Ramadan yang mulia ini. Sejumlah 2000 bekas Bubur Lambuk telah disediakan dan diagihkan kepada warga UiTM. Turut sama dalam pengagihan Bubur Lambuk di pintu utama UiTM adalah YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Mohamad Hariri Abdullah, Timbalan Naib Canselor ICAN, Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor HEP, Encik Husain Jahit Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek TKHM dan rakan strategik McDonald’s Malaysia.

“Kami memahami keperluan para pelajar yang kurang berkemampuan dan diharap usaha ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka terutama ketika berjauhan dengan keluarga ketika ini,” kata Pengarah Komunikasi Korporat McDonald’s Malaysia, Shamsidar Yahya.

Sejumlah 100 Kotak Rezeki Titipan Kasih Harian Metro telah disumbangkan kepada pelajar UiTM yang terdiri dari golongan Asnaf, OKU dan B40. Selain dari itu, sumbangan sejumlah 500 Moreh Mekdi dari McDonald’s Malaysia telah diberikan kepada pelajar selesai Solat Terawih. Terima kasih McDonald’s Malaysia dan Harian Metro atas sumbangan Kotak Rezeki dan Penyerahan 500 kotak makanan Moreh Mekdi. Pihak UiTM amat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan kepada pelajar UiTM. Sekalung pernghargaan juga kepada warga UiTM terutama Chef Bob dan pasukan serta sukarelawan yang membantu menjayakan program ini.

 

Selanjutnya

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000