Berita Terkini

“PitSTOP by HEP” Menjamin Kebajikan Pelajar di Kolej Pengajian & Fakulti

SHAH ALAM, 17 JULAI 2023 – Majlis Pelancaran “PitSTOP by HEP” telah dianjurkan pada 17 Julai 2023 bertempat di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM Shah Alam. “PitSTOP by HEP” satu inisiatif

di bawah teras kebajikan dan keusahawanan bagi pelajar di kolej pengajian dan fakulti. Inisiatif ini merupakan hasrat YBhg. Prof. Dr Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dalam mengimplementasi mekanisme yang sama seperti Dapur HEP di Kolej Kediaman tetapi diwujudkan di setiap kolej pengajian dan fakulti.

Antara objektif utama penubuhan “PitSTOP by HEP” ialah bagi membolehkan pelajar mendapatkan akses makanan ringan hasil sumbangan individu dan badan korporat secara percuma di samping ruangan ini juga menyediakan perkakas elektrik seperti pembakar roti, cerek elektrik dan ketuhar gelombang mikro yang boleh digunakan secara percuma. Usaha seperti ini amat praktikal kerana pelajar boleh memanfaatkan ruang pitstop ini untuk mendapatkan makanan dan menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin. Ruangan ini sangat memberikan manfaat terutamanya kepada pelajar non-residen.

Selain itu, ruang pitstop ini boleh digunakan untuk menjana pendapatan persatuan pelajar di kolej pengajian dan fakulti. Konsep keusahawanan ini akan melibatkan dua fasa iaitu vending machine akan ditempatkan di ruangan pitstop secara berperingkat yang menyediakan pelbagai jenis makanan ringan dengan harga berpatutan bagi fasa pertama seterusnya vending machine ini akan diambil alih dan dioperasikan sepenuhnya oleh persatuan pelajar di fakulti bagi fasa yang kedua. Platform seperti ini secara tidak langsung dapat memperkasakan mahasiswa dalam konteks pengurusan dan tadbir urus pengoperasian “PitSTOP by HEP”.

Selanjutnya

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000