Berita Terkini

UiTM Menerajui Kerjasama Mesyuarat IMT-GT UNINET di BATAM

KOTA BATAM – Acara 29th IMT-GT Ministerial Meeting and Related Meeting telah diadakan di Batam, Indonesia pada 26-30 September 2023 bersempena ulangtahun ke 30 tahun IMT-GT.

Selain Mesyuarat kerjasama serantau negara Indonesia, Malaysia dan Thailand, majlis turut dimeriahkan lagi dengan lawatan jelajah, lawatan tapak dan makan malam gala pada 28 September 2023 yang menyaksikan kemenangan pelajar UiTM di dalam IMT-GT Virtual Innovation Competition 2023 “Innovation Synergy Towards Sustainable Development Goals” yang dianjurkan oleh Centre for IMT-GT Subregional Cooperation (CIMT) dgn kerjasama UiTM Global.

Kemenangan tempat pertama oleh pelajar UiTM ini adalah menerusi video inovasi pemulihan kecederaan kesihatan bertajuk “Development Of Patient Specific Adaptive Assistive Device For Brachial Plexus Injury”. Pemenang tempat pertama yang terdiri dari Chyesia Moses Haremy, Intan Munirah Zulkifli, Natiara Hashim dan Ahmad Dzuharuddin. Kemenangan yang merupakan hasil kolaborasi Kolej Pengajian Kejuruteraan ( Mekanikal) dan Fakulti Perubatan UiTM memenangi hadiah tajaan CIMT yang berupa wang tunai RM4000, pakej percutian ke Batam beserta sijil. Pemenang tempat kedua dan ketiga adalah dari Universitas Syiah Kuala yang masing masing mempertandingkan inovasi dalam pergigian “Application Gigoe Detection (Dmf-T Caries Index Calculation Application Uses Dental Images With Deep Learning)” dan inovasi agro ‘artificial IOT To Classify And Predict The Quality Of Produce In Smart Agriculture”.

Hadiah telah disampaikan oleh Gabenor Kota Batam, TYT Ansar Ahmad di saksikan oleh Menteri Ekonomi Malaysia, YB Rafizi Ramli, Pengarah CIMT , En Firdaus Dahlan dan Wakil Pengerusi IMT-GT UNINET, Prof Dr Shahriman Zainal Abidin

By Assoc Prof Dr Idaya Husna Mohd – September 30, 2023 @ 2:00pm

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000