Berita Terkini

Majlis Jejak Alumni UiTM: Meraikan 50 Alumni Terawal @Dewan Latehan RIDA disambut meriah

KUALA LUMPUR, 19 DISEMBER 2023 – 32 orang alumni yang merupakan antara graduan terawal UiTM sejak penubuhannya 67 tahun yang lalu diraikan dalam satu majlis yang meriah sempena kemuncak sambutan Hari Alumni

UiTM 2023. Acara yang dinamakan Majlis Jejak Alumni UiTM@Dewan Latehan RIDA telah diadakan di Sofitel Kuala Lumpur Damansara pada hari ini.

Majlis secara santai yang diadakan julung kali itu berjaya menyatukan kumpulan alumni terawal yang telah memulakan legasi yang boleh diteladani oleh generasi UiTM masa kini. "Kehadiran alumni Dewan Latehan RIDA ini mencerminkan semangat UiTM," kata Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor UiTM (Hal Ehwal Pelajar) yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni). "Para alumni yang diraikan merupakan bukti keberhasilan perjuangan dan transformasi universiti ini yang bermula sebagai sebuah Dewan Latehan, sebelum bertukar kepada Maktab MARA, kemudian menjadi Institut Teknologi MARA, dan kini menjadi Universiti Teknologi MARA, universiti awam terbesar negara," ujar Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi dalam ucapannya. Turut hadir di majlis tersebut adalah Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Sallehuddin Mohamed, Pro-Canselor UiTM; Prof. Madya Datin Sri Dr. Nazura Mohd Sayuti, Pengarah Pusat Jaringan Alumni (ANC) UiTM; dan Dato’ Sri Mohamed Abid, penggerak di kalangan Alumni UiTM@Dewan Latehan RIDA.

Dalam sesi perkongsian Khas di majlis tersebut ,Ybhg. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Sallehuddin Mohamed,Pro Canselor UiTM merangkap Mantan Pengerusi Majlis ITM ke-3 turut memberikan padangan bahawa “Peranan UiTM untuk melahirkan bukan sahaja ramai profesional tetapi lebih utama para usahawan yang berjaya agar dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi masyarakat Melayu dan bumiputera.

Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), khususnya ANC, merupakan penganjur utama majlis pada hari ini. Antara acara menarik yang turut dianjurkan sempena sambutan Hari Alumni UiTM pada tahun ini adalah "J.O. ITM/UiTM Heritage Walk." yang telah diadakan pada 8 Oktober yang lalu. Acara tersebut telah membawa para seramai 70 orang alumni termasuk bekas pelajar, pensyarah dan staf ITM/ UiTM Jalan Othman menyelusuri kawasan di sekitar kampus yang terletak di Jalan Othman, Petaling Jaya. Ini diikuti dengan penganjuran UiTM Alumni Fun Run yang telah berlangsung pada 28 Oktober secara serentak di 13 kampus cawangan serta pelbagai lokasi di seluruh negara.

Sambutan sempena Hari Alumni UiTM merupakan salah satu platform bagi para alumni untuk berhubung semula, berkongsi pengalaman, dan menjalin hubungan berterusan dengan pihak universiti. Penglibatan proaktif alumni UiTM yang sehingga kini berjumlah seramai 726,525* orang aset bernilai universiti dengan keunikan, kekuatan dan pengalaman berharga masing-masing.

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000