Berita Terkini

Universiti Teknologi MARA dan Kementerian Ekonomi Malaysia Jalin Kerjasama Tangani Kemiskinan

9 Januari 2024 - Yang Berhormat Mohd Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia berbesar hati hadir ke Dewan Kuliah 500, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam bagi Majlis Penyerahan Geran Di Bawah Program IPR.

Mewakili UiTM, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, YBhg. Prof. Dr. Hj Mohd Sazili Shahibi, Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg. Prof. Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, serta barisan Pengurusan UiTM yang lain.

Majlis ini telah menyaksikan penyerahan geran berjumlah RM 6,961,500.00 kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM bagi menjalankan dua (2) projek iaitu Pelaksanaan Pemetaan & Pemantauan Program IPR dan Pelaksanaan Kursus Literasi Kewangan Peserta IPR yang akan dikendalikan oleh UiTM Cawangan Selangor. Pada majlis yang sama, telah berlangsungnya Pelancaran Buku Modul Kursus Literasi Kewangan Peserta IPR bagi pembangunan program modal insan dengan memfokuskan asas perakaunan sebagai tumpuan utama.

Pada akhir majlis, sesi Towhhall YB Menteri Ekonomi dengan Kepimpinan Mahasiswa UiTM Cawangan Selangor telah berlangsung hampir dua (2) jam bagi membincangkan hal ehwal ekonomi negara semasa, serta keterlibatan pelajar dalam memacu pembangunan ekonomi Malaysia.

Untuk rekod, UiTM Cawangan Selangor sebelum ini telah menjadi Universiti Awam yang pertama melancarkan mesin layan diri di bawah program Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) IPR. Program ini telah membuahkan hasil dengan meningkatkan pendapatan peserta dan setakat tahun 2023, sebanyak 49 mesin layan diri telah diletakkan di seluruh UiTM.

#UCSCemerlang

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000